Write For Us

Pak Lah puji kerajaan berjaya bawa pulang rakyat M'sia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji kejayaan kerajaan menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara yang berakhir dengan kepulangan sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara.
Beliau berkata kejayaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam membuat rundingan secara diplomasi dengan Pyongyang dan menamatkan ketegangan secara baik adalah detik yang amat penting bagi kedua-dua negara.
"Perdana Menteri tahu apa yang perlu dilakukan. Saya anggap ini sebagai satu usaha yang membawa kepada kebaikan dan kejayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Ulang Tahun ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan pelancaran buku IKIM hari ini.
Kesemua rakyat Malaysia itu dibenarkan berlepas dari Pyongyang pada 7.45 malam semalam waktu Malaysia dan tiba di Kuala Lumpur 5.03 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.
Susulan pembunuhan itu, pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea, Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia apabila tidak bersetuju dengan cara pengendalian kes itu yang menyebabkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai "persona non grata".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment