Write For Us

Pakar: Pelantikan Agong tak semestinya ikut giliran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Azmi Sharom menjelaskan, Majlis Raja-raja mempunyai kuasa penuh untuk melantik Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan tidak terikat dengan sistem penggiliran yang diamalkan selama ini.
Memetik Malaysiakini, Dr Azmi berkata perkara 38 (6) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas kuasa raja-raja untuk melantik YDPA mengikut budi bicara mereka, sedangkan jadual ketiga dalam Perlembagaan hanya bersifat prosedur.
Tambah Dr Azmi lagi penggiliran adalah seperti satu konvensyen atau tradisi dan kemungkinan mereka akan teruskan mengikut tradisi itu tetapi mereka juga tak terikat kepadanya.
Sementara itu, pensyarah sains politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan sistem giliran itu bukanlah satu peraturan yang rigid dan ketat yang tidak boleh diubah.
Dr Mohamed menganggap penggiliran itu satu proses demokrasi untuk memberi peluang adil dan saksama kepada semua raja menjadi agung dan atas sebab itu proses penggiliran itu diikuti.
Namun tambah Dr Mohamed dalam keadaan-keadaan tertentu penggiliran itu boleh dibuat ubah suai jika keadaan memerlukan.
Susulan peletakan jawatan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai YDPA ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu, beberapa spekulasi timbul berhubung pelantikan YDPA baru yang akan dilakukan pada 24 Januari nanti.
Antaranya ialah spekulasi tentang kemungkinan berlakunya langkauan giliran Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang kini dalam keadaan tidak sihat, menyebabkan sultan yang berada di giliran seterusnya iaitu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikatakan berkemungkinan besar dipilih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment