Write For Us

Pakatan curi tembaga kilang tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Seorang bekas juruteknik bersama anak saudara lelakinya bersubahat dengan seorang pengawal keselamatan bagi menjalankan kegiatan samun tembaga di sebuah kilang tempatnya bekerja dahulu di Perai, Butterworth.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 17 November lalu, dua pengawal keselamatan bertugas di sebuah kilang pembuatan tembaga didatangi dua lelaki bertopeng yang bertindak memukul mereka dengan paip PVC sebelum mengikat tangan dengan tali kabel dan mengurung kedua-dua mangsa di pos pengawal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah, berkata kedua-dua suspek kemudian membuka pintu utama kilang dan membawa masuk sebuah lori seberat satu tan.

Zainol berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 37 tahun adalah bekas pekerja kilang terbabit yang baharu berhenti kerja secara sukarela pada 22 Oktober lalu.
Suspek yang ditahan kini direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata tajam.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment