Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu di Kedah malam tadi.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Rapat Umum Selamatkan Malaysia dan Kenduri Rakyat gabungan empat parti pembangkang itu di Alor Setar.
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah disandang Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir manakala jawatan timbalan pengerusi disandang Anggota Parlimen Kuala Kedah daripada PKR Dr Azman Ismail, Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment