Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak sesuai menggantikan BN untuk memerintah negara selagi mereka tidak mengubah sikap.
Katanya, sikap HARAPAN sering bersaing untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dan tidak menghormati parti-parti lain dalam gabungan telah menyukarkan hasrat tersebut lapor Utusan Malaysia.
Malah katanya, perkara itu dibuktikan apabila DAP tanpa menghiraukan parti gabungan yang lain dengan menamakan Datuk Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Itulah sikap sebenar DAP yang telah difahami oleh PAS sejak sekian lama. Sebab itu kita berpisah dengan mereka kerana kita tahu DAP ini apabila merasakan dia kuat, dia akan menguasai.
“Kalau DAP saling menghormati parti-parti lain, dia tidak akan mudah untuk menentukan mana-mana parti yang layak menjadi Menteri Besar.
“Jadi, apa yang PAS kata sebelum ini telah terbukti berlaku dalam Pakatan Harapan. Sekarang Pakatan Harapan dilihat sering bersaing untuk berada di depan, bagi saya, kalau mereka terus dengan sikap ini, masih tidak sesuai untuk mereka menggantikan BN,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Khamis lalu, Semalam, Lim, ketika lawatannya ke Kelantan, berkata beliau berharap Husam akan menjadi menteri besar di negeri itu pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Husam, yang dipecat dari PAS dan kemudian menyertai AMANAH ditugaskan mengetuai parti baru itu di Kelantan.
Pernah menjadi anak didik kepada Nik Aziz, beliau diketepikan selepas pemimpin PAS yang dihormati itu meninggal dunia
Sementara itu, Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, keputusan PAS sebelum ini untuk tidak bersama gabungan HARAPAN adalah langkah tepat.
“Kita yakin pendekatan yang digunakan PAS sekarang akan terus diterima oleh rakyat,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment