Write For Us

Pandalela, Jun Hoong kongsi ganjaran menang perak di Rio

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio.
Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.
Pasangan itu meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.
Pandelela sebelum ini menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London, empat tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment