Write For Us

Pandelela disambut naik Ferrari, terima insentif dan rumah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg diberi sambutan VVIP dan tradisi Bidayuh sebaik pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas beraksi cemerlang pada Sukan Olimpik Rio.
Kerajaan Sarawak mengumumkan pemberian insentif berjumlah RM500,000 sebagai penghargaan kepada Pandelela susulan kejayaan beliau menyumbang pingat perak untuk negara.
Selain itu, beliau turut menerima seunit kondominium berjumlah RM700,000 tajaan Tenaga Stabil Sdn Bhd dan wang tunai berjumlah RM100,000 tajaan Technicier Sdn Bhd.
Pandelela merangkul pingat pertama negara pada Sukan Olimpik Rio 2016 menerusi acara 10 meter platform seirama bergandingan dengan atlet dari Perak, Cheong Jun Hoong.
Beliau melakar sejarah dengan muncul atlet wanita pertama negara meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 10 meter platform individu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment