Write For Us

'Pangkah mata, sebab dacing tipu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.
Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pendang Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.
Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi 'mata' - merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.
"Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru," katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.
Pendang ialah sebuah kerusi yang dianggap berpotensi untuk dimenangi HARAPAN walaupun sejarah menunjukkan pemenang di kerusi parlimen itu bertukar-tukar di antara BN dan PAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment