Write For Us

Papagomo direman tiga hari

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
60 Views
Published
Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, direman tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Kajang, Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Mohd Sabri Abdullah berkata pemohonan reman terhadap Papagomo, dibuat di Mahkamah Majistret Kajang pagi ini.
“Selain Papagomo, terdapat seorang lagi individu berusia 39 tahun ditahan namun dibebaskan setelah diambil keterangan dengan jaminan polis.
“Dia (Papagomo) kini disiasat di bawah Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan merusuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, hari ini.
Semalam, Papagomo, 36, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian pukul 10.45 pagi Sabtu itu, anggota Parlimen Muar berkenaan mendakwa bahawa beliau diserang oleh sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Video insiden provokasi berdurasi 22 saat itu turut tular dalam media sosial yang menunjukkan Syed Saddiq yang dikawal ketat polis dibawa keluar dari kawasan berkenaan.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang insiden berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu ASP Radzee B Jamudi di talian 019-6655811.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment