Write For Us

Parlimen kecoh... Shahidan cabar gaji ahli Parlimen dipotong 50%

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar barisan ahli Parlimen pembangkang supaya menerima potongan gaji 50 peratus dalam satu perbahasan mengenai isu penjawat awam.
Shahidan berkata demikian selepas Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mencadangkan menteri Umno itu memotong gajinya sendiri jika benar-benar mahu memperjuangkan penjawat awam.
"Potong semua gaji saya, no problem. Dan semua ahli parlimen (pembangkang) bersetuju, potong 50 peratus.
"Speaker, saya membuat usul supaya untuk memotong semua Ahli Parlimen gaji sebanyak 50 peratus. Setuju semua tak?" kata Shahidan.
Hujah ini bermula apabila Shahidan mencelah dalam ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan mendakwa DAP melancarkan kempen untuk mengurangkan separuh penjawat dalam perkhidmatan awam.
Ini mendorong sorakan tidak puas hati daripada Ahli Parlimen pembangkang.
Ahil Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke menafikan DAP melancarkan sebarang kempen untuk mengurangkan separuh penjawat dalam perkhidmatan awam, tetapi hanya melahirkan kebimbangan mengenainya saiz penjawat awam.
Kemudian, Ahli Parlimen PKR-Wong Chen pula menegaskan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menimbulkan kebimbangan yang sama iaitu saiz perkhidmatan awam adalah 'terlalu besar'.
Hujah ini berlangsung selama beberapa minit sebelum kembali reda.
Namun, Wan Azizah berkata memang terdapat kebimbangan mengenai perkara itu.
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa penjawat awam memberi perkhidmatan yang baik dan berkhidmat untuk negara.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta kakitangan awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setiap tahun untuk gaji dan elaun.
Manakala RM21.6 bilion lagi dibelanjakan setiap tahun untuk pencen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment