Write For Us

"Parlimen tempat berdebat," kata IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hanya sesuai diadakan di Parlimen sahaja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata segala cadangan lokasi seperti di Maktab polis dan ditempat terbuka tidak dibenarkan.
“Saya tidak akan benarkan, mana (boleh) nak buat debat di balai polis. Balai polis bukan tempat untuk berdebat.
"Saya hendak nasihatkan orang yang hendak berdebat, lakukanlah di Parlimen, bukannya di padang, rumah orang dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Pada 3 April lalu, Nazri menyelar dengan tindakan polis membatalkan program debat itu dan mencadangkan agar ia dilakukan di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras.
Debat berkenaan pada mulanya dijadualkan berlangsung di Dewan Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kangsar pada 25 Mac lalu, sebelum dibatalkan polis Perak atas faktor tidak menepati Akta Perhimpunan Aman 2012.
Ia disusuli permit debat untuk 7 April di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, juga dibatalkan dengan alasan polis menerima 18 laporan membantah debat diteruskan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment