Write For Us

'Parti kerajaan mahupun pembangkang tidak dibenar himpun di Dataran Merdeka'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Baik parti di pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak dibenarkan sama sekali berhimpun di Dataran Merdeka, tegas Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pihaknya akan membenarkan PAS mengadakan himpunan mega bagi memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355 itu di Stadium Titiwangsa.
Terdahulu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno merasmikan majlis sambutan tahun ayam sempena Tahun Baru Cina akan datang di pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
PAS akan menganjurkan himpunan besar pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Mereka menyasarkan kehadiran 300,000 orang di Dataran Merdeka dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
Usul itu akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.
Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment