Write For Us

PAS bukan tanding 160 kerusi, tapi lebih - Tuan Ibrahim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Walaupun PAS mengumumkan akan bertanding di 160 kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), jumlah bilangan kerusi itu sebenarnya akan bertambah.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS sebenarnya akan bertanding lebih daripada 160 kerusi.
"Presiden PAS umumkan kita akan bertanding di 160 kerusi Insya-Allah, tapi sebenarnya lebih sikit lagi.
"Nanti kita dengar pengumuman," katanya ringkas mengenai perkara itu ketika menyampaikan ceramah di program Ceramah Prapengisytiharan Calon PRU14 di Wakaf Bharu, Tumpat, malam tadi.
Terdahulu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu bersama Gagasan Sejahtera akan meletakkan calon di 160 daripada 222 kerusi parlimen.
Malah, PAS turut menegaskan parti itu tidak mempunyai masalah kewangan bagi menampung keperluan pilihan raya yang akan berlangsung 9 Mei depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment