Write For Us

PAS cadang bawa usul undi percaya pada Dr M di Parlimen Mac nanti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
236 Views
Published
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mencadangkan Pakatan Harapan untuk membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di sidang Dewan Rakyat di Parlimen, Mac nanti.
"Kita nak tengok berapa orang yang percaya pada Perdana Menteri sekarang ini dan berapa orang yang tidak percaya.
"Kalau dalam undi itu dia dapat Perdana Menteri tidak mendapat sekurang-sekurangnya 112 undi dari ahli parlimen, maka dia kena letak jawatan.
"Sekiranya dia dapat lebih dari itu, dia tidak perlu letak jawatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri ceramah Himpunan Muafakat Rakyat Sabah di Kimanis, semalam.
Sebelum ini, Anggota Parlimen DAP Charles Santiago dan pengerusi DAP Kelantan, Zaid Ibrahim menggesa Majlis Presiden PH untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa, dengan alasan ketidakpastian berterusan mengenai isu ini tidak baik untuk negara.
Kelmarin, Mahathir, ketika memberi maklum balas terhadap beberapa MP PKR yang mahu peralihan berlaku pada bulan Mei tahun ini, berkata beliau bersedia untuk turun dengan segera jika Majlis Presiden PH meminta beliau berbuat demikian.
Dan semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata tidak perlu mesyuarat majlis presiden PH kerana Mahathir sudah berjanji akan melepaskan jawatannya selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada Nov nanti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment