Calon PAS bagi kawasan parlimen Langkawi, Zubir Ahmad, melihat ada potensi cerah untuk parti itu melakar kemenangan di pulau Mahsuri berkenaan.
Menurut Zubir, di sebalik nama-nama besar yang bertanding di Langkawi, ada kelebihan yang memihak kepada PAS.
Katanya ahli perniagaan itu, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Langkawi adalah sebagai ahli politik veteran yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Selain Mahathir, Zubir bakal menentang penyandang kawasan itu, Datuk Nawawi Ahmad dari BN.
Dalam keadaan sokongan pengundi Umno berpecah antara Mahathir dan Nawawi, di situlah Zubir melihat PAS mempunyai peluang.
Zubir dinamakan sebagai calon PAS mewakili Gagasan Sejahtera untuk menghadapi pertarungan Dr Mahathir dan Nawawi pada PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.
Ia diumumkan sendiri Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi di Kota Sarang Semut.
Zubir pernah bertanding di kawasan parlimen Langkawi pada PRU ke-11 (2004) dan berdepan dengan Datuk Abu Bakar Taib. Ketika itu Zubir - seorang ahli perniagaan makanan laut - mendapat 5,738 undi manakala Abu Bakar 16,510 undi.
Majoriti yang memisahkan mereka ialah 10,772 undi.
Pada PRU ke-12 Abu Bakar dicabar calon PKR, Wan Salleh Wan Isa, namun BN kekal di Langkawi walaupun jumlah majoriti yang dimenangi menurun kepada 4,970 undi.
Pada PRU ke-13 Nawawi mengalahkan Ahmad Abdullah (PKR) dan calon bebas Marina Hussein dengan majoriti 11,861 undi.
Data terkini menunjukkan Langkawi mempunyai 37,536 pengundi berdaftar dengan 91 peratus adalah Melayu berbanding Cina 6 peratus, India 2 peratus dan lain-lain 1 peratus.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment