Write For Us

PAS doa hancur leburkan 'pakatan yang jahat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
PAS Selangor pada malam ini mengadakan solat hajat demi kemenangan parti itu negeri berkenaan serta mendoakan kehancuran "pakatan yang jahat".
Solat hajat yang diimamkan anggota perhubungan PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani itu juga menyamakan pertempuran antara PAS dan parti lain pada pilihan raya umum akan datang seperti Perang Ahzab.
Peperangan Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah.
"Kita solat hajat pada malam ini, khusus untuk kemenangan PAS. Rakaat pertama, baca surah al-Kafirun dan niatkan kepada musuh-musuh kita yang tak beriman pada Allah. Rakaat kedua baca surah al-Ikhlas dan niat supaya Allah beri kemenangan pada kita," kata Ahmad Dusuki sebelum mengimamkan solat hajat yang dihadiri kira-kira 7,500 hadirin.
Ia dilakukan sebelum ceramah perdana sempena 10 tahun PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment