Write For Us

PAS kepada UMNO: 'Sekarang tak kuat nak, bila kuat tendang kita'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Setiap kali diajukan soalan berkaitan kerjasama Umno dengan PAS, parti Islam itu pasti akan menafikannya.
Kali ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pula sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada sebarang perbincangan mengenai kerjasama itu.
Malah pemimpin veteran PAS itu menyifatkan apa yang dinyatakan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bahawa akan ada lebih banyak kerjasama antara kedua parti itu hanyalah “angan-angan Umno”.
“Kalau Annuar kata hendak ada kerjasama, setakat ini PAS tidak pernah bincang kerjasama dengan Umno dalam bidang politik.
“Tidak juga bincang mengenai pengagihan kerusi di Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu.
“‘Mungkin angan-angan mereka (Umno)’,” tegas Mahfodz Mahfodz sewaktu ditemui di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), hari ini.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Annuar dalam program Bicara Minda dan Dialog "Perjuangan For All" di Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi mengusulkan agar partinya dan PAS "duduk semeja" bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata kerjasama antara PAS dengan Umno tidak akan berlaku kerana hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh dalam perkara tersebut.
Bahkan, Mahfodz berkata PAS maklum akar umbi parti Islam itu masih serik dengan apa yang dilakukan Umno sebelum ini.
“Setakat ini, tepuk tangan sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kita kena jaga akar umbi kita memang dah serik.
“Kalau berlaku lagi, nauzubillah. Bila kita kuat mereka mahukan kita, tetapi bila kita tidak kuat mereka tendang kita,” tegas Mahfodz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment