Write For Us

PAS lancar kempen tambah ahli baru, nafi wujud ancaman parti lain

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
180 Views
Published
PAS akan melancarkan kempen “PAS Pilihanku” bagi menggalakkan penambahan ahli mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata parti itu mensasarkan seramai 131,226 ahli baru dalam masa empat bulan dengan perkiraan 15 peratus penambahan di setiap kawasan dan cawangan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media 'PAS Pilihanku' di Ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Iskandar bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kempen tersebut diadakan kerana wujudnya ancaman dari parti lain terhadap PAS.
Sebaliknya kata Iskandar, sejak PAS melancarkan budaya politik lebih matang, parti Islam itu menerima penyertaan yang tinggi dari banyak pihak untuk menyertai mereka.
Kata Iskandar tiga negeri yang menjadi sasaran PAS bagi menarik ahli baru adalah Kedah (25,808), Kelantan (18,255) dan Selangor (15,759).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment