Write For Us

PAS mahu ROS siasat parti politik

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
108 Views
Published
PAS menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat parti politik yang ada di negara ini untuk memastikan sama ada mereka mematuhi perlembagaan atau sebaliknya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata antara aspek yang perlu diteliti adalah kepatuhan pihak terbabit kepada peruntukan Islam sebagai agama persekutuan.
"Kita minta ROS sila buat kajian parti-parti lain, adakah mereka menghormati perlembagaan, ikut perlembagaan atau tidak.
"Contoh, Islam agama rasmi - dia hormat ke tidak? Raja berpelambagaan, dia hormat ke tidak? Bahasa Melayu, (Islam) agama rasmi, dia hormati ke tidak? Hak bumiputera Melayu jawa bugis orang asal semenanjung, bumiputera Sabah Sarawak ada hak istimewa yang perlu dihormati, mereka hormat ke tidak?" kata Abdul Hadi semasa menggulung perbahasan di akhir muktamar tahunan PAS di Kota Sarang Semut di Alor Setar hari ini.
Walaupun tidak menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya, Abdul Hadi dipercayai merujuk kepada DAP yang suatu ketika dulu pernah menjadi sahabat PAS.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment