Write For Us

PAS: 'Melayu mudah lupa’ balik semula kepada Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
142 Views
Published
PAS hari ini memulangkan kata-kata sajak ‘Melayu mudah lupa’ yang dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bekas perdana menteri itu.
Memetik sajak 12 tahun lalu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan mengkritik Mahathir kerana lupa bahawa PAS adalah saingan Umno.
“Saya nak beritahu mereka, PAS ini bersaing berlawan dengan Umno sejak dari Mahathir duduk dalam Umno, dia jangan lupa sejarah itu, 22 tahun dia jadi perdana menteri siapa lawan dia kalau tidak PAS.
“Dia baru keluar dua hari dr Umno, dia nak dakwa PAS sekongkol dengan Umno, tak betul.
“Dialah, boleh saya sebut apa dia kata itu ‘Melayu mudah lupa’, balik kepada dia,” kata Nasrudin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment