Write For Us

PAS mungkin bertanding di lebih 100 kerusi parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menjangkakan bahawa parti itu akan bertanding di lebih 100 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) akan datang dan mampu memenangi lebih daripada 40 kerusi.
“kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi (parlimen) yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang.
“Di samping itu, kita perlu menang lebih lagi antara 60 hingga 80 kerusi ke atas berdasarkan kerja kuat jentera parti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Dewan Komuniti Bukit Damansara hari ini.
Nasrudin berkata PAS berpotensi untuk menang walaupun berlakunya tiga penjuru, malah katanya dengan keadaan itu tidak semestinya akan memberi kemenangan kepada Umno dan BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment