Write For Us

PAS Pahang tuntut cuti Jumaat jika Umno serius kerjasama

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
71 Views
Published
PAS Pahang membangkitkan cadangan kepada Umno Pahang supaya menyelaraskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti mana diamalkan Kelantan, Terengganu dan Johor.
Menurut Perwakilan PAS Pahang, Zuridan Daud, jika Umno benar-benar serius untuk bekerjasama dengan PAS mereka perlu buktikan dengan mengusahakan saranan cuti tersebut.
"Secara umumnya kita melihat kesan di negeri Pahang pada hari ini, kita melaksana tugas dengan baik dalam DUN (dewan undangan negeri) dan kerajaan negeri Pahang menerima baik kehadiran kita.
"Kita cuma ada satu permintaan, kalau betul Umno hendak bersama dengan kita, kami ADUN di Pahang bersepakat menuntut agar hari Jumaat hari cuti seperti mana Kelantan Terengganu dan Johor," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas ucapan dasar presiden PAS sempena Muktamar PAS ke-64 di Kuala Terengganu, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment