Write For Us

PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
PAS berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang bertujuan membantu syarikat bermasalah itu mengurangkan hutangnya.
Walau bagaimanapun, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata aset 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan Kementerian Kewangan melalui MOF Incorporated perlu diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Beliau berkata demikian selepas sidang perbincangan meja bulat pagi ini yang melibatkan delegasi dari pasukan pengurusan 1MDB yang diketuai oleh CEOnya, Arul Kanda Kandasamy.
 
"Kita berpuas hati dengan penjelasan yang telahpun dibuat oleh saudara Arul, khususnya pelan rasionalisasi yang dicandangkan oleh beliau bagi mengatasi kemelut yang dihadapi oleh 1MDB. Cuma dalam perbincangan tersebut, kita melihat isu yang berlaku hari ini, Kementerian Kewangan telahpun mengambil alih aset yang ada pada 1MDB.
"Jadi apa yang dalam hasil perbincangan tersebut kita dapati bila aset diserahkan kepada MOF Incorperated, kita perlu monitoring terhadap isu-isu yang melibatkan aset-aset tersebut sebab bila aset diambil alih oleh kementerian, kita bimbang akan mencetuskan masalah baru kalau tidak dikawal.
"Kita harapkan isu-isu begini di pantau direct melalui parlimen. Maknanya ahli-ahli Kementerian Kewangan, pihak menteri, perlu melaporkan kepada Parlimen supaya ahli-ahli Parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan supaya tidak timbul masalah baru," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
- Arul Kanda 'jumpa' PAS
Terdahulu, Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini hadir dalam sidang meja bulat anjuran PAS di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Arul ketika diminta komen mengenai kehadirannya walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada PAS untuk memberikan kenyataan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment