Write For Us

PAS sedia tanding 42 kerusi DUN Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
PAS bersedia bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pengumuman itu dibuat di sebalik usaha beberapa pemimpin PKR untuk menjalin pakatan pilihan raya dengan PAS.
"PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada pilihan raya umum ke-14 akan datang dan bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi oleh BN atau Pakatan Harapan.
"Justeru PAS Selangor setelah meneliti data dan fakta serta kesediaan jentera, ingin menegaskan bahawa kami bersedia untuk meletakkan calon sekurang-kurangnya di 42 kerusi DUN Selangor pada PRU-14 nanti," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi pada sidang akhbar semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment