Write For Us

PAS sifatkan cadangan PM sementara tak berperlembagaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
PAS menyifatkan tindakan PKR yang ingin melantik perdana menteri sementara jika memenangi pilihan raya umum ke-14 bukanlah amalan yang sihat dan tidak berperlembagaan.
Sebaliknya Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata proses pelantikan perdana menteri itu perlulah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Katanya, Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perdana menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggotanya.
Menerusi kenyataan media hari ini, Takiyuddin berkata proses itu perlu mengikut perkara 40 fasal 2 iaitu kuasa prerogatif Yang di Pertuan Agong dalam hal melibatkan pelantikan perdana menteri tanpa perlu mengikut nasihat mana-mana pihak.
Semalam Malaysiakini melaporkan PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada PRU14.
Tambah Takiyuddin lagi, Walau apapun keadaannya, PAS berpandangan perdana menteri ‘locum’ bukanlah amalan yang baik dan tidak mencerminkan kerajaan yang dipimpin sebuah kerajaan stabil dan kuat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment