Write For Us

'PAS tak jujur, tak berani tegur MCA Pulau Pinang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan kejujuran PAS yang langsung tidak mempertahankan rekod sumbangan kerajaan negeri dalam memartabatkan Islam ketika diserang Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng.
Kata Lim, peruntukan pembangunan hal ehwal Islam negeri itu sejak 2008 hingga 2017 berjumlah RM457.05 juta dengan peningkatan kira-kira 84 peratus, berbanding RM249.09 juta dalam tempoh 1999 hingga 2007 ketika Umno-BN menguasai kerajaan negeri.
"Pengerusi MCA Pulau Pinang juga menuduh kita anti Cina hanya kerana Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan pembangunan hal ehwal Islam sebanyak 84 peratus, dan PAS menuduh sebaliknya.
"Janganlah memainkan sentimen perkauman jika PAS tidak jujur dan tidak berani menegur Pengerusi MCA Pulau Pinang yang mempersoal Kerajaan Negeri hari ini kerana menaikkan peruntukan pembangunan hal ehwal Islam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Komtar hari ini.
Sin Chew Daily pada 9 Februari lalu melaporkan Teik Cheng menyatakan, "Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP masa pilihan raya nak ambil undi Cina, tetapi yang jaga hanya orang Melayu, orang Cina lah yang rugi. Contohnya, dalam pemberian peruntukan kepada hal ehwal agama Islam, peruntukan telah naik kepada RM450 juta."
Lim juga turut mengulas tuduhan seorang pensyarah universiti awam kononnya Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang juga ADUN DAP Subang Jaya cuba menyebarkan dakyah Kristian melalui sebuah buku yang dihasilkannya iaitu "Becoming Hannah".
"Adakah salah bagi seorang bukan Islam bercakap mengenai kepercayaannya?
"Beliau bukannya menyebarkan dakyah kepada orang Islam, tetapi hanya bercakap mengenai kepercayaan mengikut agamanya sendiri?" soalnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment