Write For Us

PAS tangguh majlis kepulangan 'tokoh Amanah' lepas live kerusi kosong hampir sejam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Sidang media yang dikatakan bagi mengumumkan penyertaan "tokoh" dari parti Amanah kembali kepada PAS ditangguhkan selepas hampir sejam siaran langsung (live) itu hanya memaparkan kerusi kosong.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Roslan Shahrir Mohd Shahrir berkata majlis penyerahan borang itu ditangguhkan "atas sebab yang tidak dapat dielakkan".

Facebook TV PAS Selangor pagi tadi bersiaran langsung dengan keterangan “TERGEMPAR!!! Majlis Pengisytiharan Tokoh Parti Amanah Negara kembali menyertai PAS”.

Bagaimanapun, selepas 52 minit, siaran langsung itu tamat dengan hanya memaparkan latar set meja dan kerusi kosong, lengkap dengan mikrofon, seperti yang biasa dilihat pada sesebuah sidang media.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment