Write For Us

Pasangan pengantin naik jengkaut 3 kilometer redah banjir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Pasangan pengantin baru terpaksa diarak menaiki jengkaut dengan diiringi pelbagai jentera berat mengharungi banjir sejauh 3 kilometer (km), di Kampung Telaga Mas,pada Sabtu 30 November.
Pasangan terbabit, Mohd Abd Rozaid Othman, 25, dan isteri, Nor Afiqah Mohd Balsu, 24, meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, walaupun urusan menggunakan jentera berat itu dirancang pada saat akhir, selepas kampung itu dilanda banjir.
Mohd Abd Rozaid yang juga pemandu mesin padi, berkata dia tidak menyangka majlis perkahwinan itu disambut meriah dengan diiringi lima traktor, tiga jengkaut, sebuah mesin padi, sebuah treler dan empat lori kecil milik rakan-rakannya.
Katanya, dia sudah mengagak bahawa majlisnya akan berlangsung ketika banjir, namun terpaksa diteruskan memandangkan isterinya sukar mendapatkan cuti.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment