Write For Us

Pasangan warga emas itu orang Mesir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Identiti pasangan warga emas yang maut dalam kebakaran di sebuah apartment di Taman Meru Impiana, dikenal pasti sebagai Kamal Mustafa dan Kamariah Talib, masing-masing berusia lingkungan 70-an.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Kamal yang juga warga Mesir dan isterinya warga tempatan ditemui rentung, masing-masing di ruang tamu serta di hadapan bilik air unit kediaman berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki berkenaan ada keluar dari apartment itu dengan menaiki kereta jenis Proton Suprima.
Katanya, hasil penelitian CCTV juga mendapati lelaki itu kemudiannya masuk semula ke dalam apartment dengan berjalan dan membawa dua tong dipercayai berisi bahan bakar.
A Asmadi berkata, kereta mangsa ditemui dalam keadaan hangus terbakar kira-kira 500 meter dari apartment berkenaan dan pihaknya masih menyiasat punca serta motif kejadian.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment