Write For Us

Pasar raya tutup lepas TMJ belanja orang ramai

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
AEON Mall Tebrau City di Johor Baru hari ini menutup kedai selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membelanja orang ramai RM3,000 sekepala, melibatkan jumlah sehingga RM1 juta malam tadi.
"Seksyen pasar raya Aeon di Aeon Mall bandar Tebrau ditutup pagi ini sehingga notis selanjutnya.
“Kami mohon maaf atas segala kesulitan,” umum pasar raya itu di Facebook mereka.
Aeon Mall di Facebook mereka turut mengucapkan tahniah kepada pembeli bertuah dan berterima kasih kepada TMJ kerana bermurah hati kepada pelanggannya.
Pasar raya itu turut memuat naik gambar-gambar berkaitan di laman sosial itu.
Sementara itu, beberapa media melaporkan tular di media sosial pagi ini gambar yang didakwa dalam pasar raya tersebut dengan barangan yang tidak sempat dibeli.
- Satu kepala RM3,000, TMJ belanja orang ramai RM1 juta
TMJ bersama isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam malam tadi membuat kejutan dengan tampil dengan pembesar suara mengumumkan orang ramai boleh mengambil apa saja dalam pasar raya itu.
Pewaris takhta Johor itu berbuat demikian sekitar jam 6.30 petang sehingga 8 malam.
- Ini yang berlaku sebelum TMJ ke AEON Mall Tebrau
Namun, Johor Southern Tigers dalam Facebooknya merakamkan video sebelum TMJ berangkat ke pasar raya itu apabila bertemu dengan artis rap, Joe Flizzow di rumahnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment