Write For Us

Pasar Tanjung Rambutan bersih

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Keadaan pasar yang bersih dan harga jauh lebih murah berbanding pasar lain membuatkan pengunjung dari jauh sanggup datang semata-mata untuk berbelanja keperluan dapur di Pasar Tanjung Rambutan di Ipoh.
Pasar yang dibina semula di tapak baharu sejak 2012 itu mempunyai kira-kira 120 petak perniagaan yang menjual pelbagai jenis barang basah dan kering, selain menyediakan kemudahan medan selera.
Seorang pengunjung, Nor Azizah Abidin, 52, dari Pakatan Jaya, Tambun di sini berkata, dia kerap berkunjung ke pasar berkenaan kerana selesa dan bersih.
Pengunjung dari Bercham, Qamaruddin Mohd Shamsuddin, 28, turut mengakui keadaan pasar yang bersih dan barang yang murah membuatkan dia lebih memilih untuk berbelanja di pasar itu.
Bagaimanapun, peniaga yang hanya mahu dipanggil Jothi berkata, dia berharap aspek penyelenggaraan yang ada di pasar itu dapat ditambah baik.
BH sebelum ini melaporkan, kebersihan pasar di negara ini hanya berada pada tahap 40 peratus dan sikap menyumbang keadaan itu perlu diubah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bersih.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment