Write For Us

Pasca-100 hari HARAPAN: Tumpuan beralih ke janji jangka panjang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah memerintah kerajaan melebih 100 hari dan perhatian kini bertumpu kepada janji jangka panjang gabungan itu yang ada beberapa daripadanya dilihat mencabar untuk dilaksanakan.
Antaranya ia janji untuk menghapuskan tol lebuh raya. Kenyataan Menteri Kerja Raya Baru Bian bahawa pengambil alihan konsesi tol akan menelan kos RM400 bilion saja sudah menyebabkan kritikan daripada pembangkang yang menuduh kerajaan cuba untuk memungkiri janji.
Bagaimanapun, Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Rais Hussin, yang juga merupakan anggota jawatankuasa manifesto HARAPAN, memberi jaminan bahawa usaha bagi tujuan itu sedang dilakukan.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Rais berkata usaha untuk pengambilalihan konsesi tol itu ditumpukan pada tol lebuh raya dalam bandar seperti tol yang menghubungi Lembah Klang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment