Write For Us

Pastikan tiada 'tangan ghaib' halang banteras judi, desak PEMBELA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Pertubuhan-pertubuhan pembela Islam (PEMBELA) hari ini menggesa supaya pihak kerajaan tidak mengamalkan dwistandard dalam membanteras pusat perjudian di negara ini.
Menurut Pengerusi PEMBELA Aminuddin Yahaya, berdasarkan laporan berita terdapat 'tangan ghaib' yang cuba menghalang pihak polis daripada membanteras pusat perjudian.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Malah, memetik laporan berita, Aminuddin turut mendakwa terdapat elemen rasuah daripada tauke judi kepada pihak berkuasa dan ahli politik.
Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas bagi memastikan tiada 'tangan ghaib' yang menghalang pihak berkuasa untuk membanteras isu berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment