Write For Us

Pasukan khas atau pasukan sandiwara?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
566 Views
Published
Baru-baru ini kerajaan malaysia menolak cadangan oleh negara-negara anggota Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa di Universal Periodic Review.

Alasan kerajaan Malaysia menolak syor-syor ini ialah kerana kerajaan telah pun membentuk satu pasukan khas untuk meneliti cadangan-cadangan yang di bentangkan oleh Suhakam dalam Inkuari Nasional berkenaan dengan isu-isu Orang Asli tahun lepas.

Menurutnya kerajaan, dengan menerima cadangan tersebut, ia akan mengurangkan kerja Suhakam dan Pasukan Khas yang telah ditugaskan.

Menurut Han Yok Chopil, penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, alasan kerajaan Malaysia tidak logik kerana cadangan-cadangan negara UNDRIP merangkumi keseluruhan isu-isu yang di hapadapi oleh Orang Asli, manakala Inkuiri Nasional pula hanya menangani isu-isu tanah.

Kami menemubual Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Han Yok Chopil untuk mendapatkan pandangan beliau.

Nota:

Enam syor yang ditolak oleh Putrajaya ialah:

1.Kebenaran lawatan ke Malaysia oleh Pelapor Khas PBB mengenai
hak-hak orang asal

2.Memastikan undang-undang berhubung orang asal dan
pelaksanaannya mematuhi Deklarasi PBB tentang hak-hak orang asal

3.Memastikan hak-hak orang asal dan orang tempatan yang bergantung kepada hutan terjamin dalam undang-undang dan dalam pelaksanaan, khususnya hak-hak yang berkenaan dengan tanah, wilayah dan sumber-sumber tradisi/adat.

4.Cadangan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Kebangsaan Orang Asal yang bebas dan memastikan undang-undang, dasar dan pelaksanaannya adalah selari dengan Deklarasi PBB tentang hak-hak orang asal

5.Menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pertikaian terhadap tanah, wilayah dan sumber

6.Mengambil langkah-langkah untuk menangani isu-isu yang diketengahkan dalam Inkuiri Nasional mengenai hak tanah orang asli/asal, dengan penglibatan yang berkesan dan sepenuhnya daripada orang asal.

-- JKOASM
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment