Write For Us

Patut tumpu usaha banteras dadah, bukan arak - Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pihak yang membantah penganjuran pesta arak Jerman “Oktoberfest” bahawa negara itu juga membantu kira-kira sejuta pelarian Islam dari seluruh dunia.
Memetik kenyataan di blognya, beliau berkata umat Islam negara ini perlu lebih menumpukan usaha terhadap penyalahgunaan dadah yang majoritinya melibatkan beliau Melayu.
Penganjuran Oktoberfest mendapat bantahan beberapa kumpulan termasuk PAS yang mahu ia diharamkan atas alasan sensitiviti umat Islam. Ia disusuli dengan arahan polis membatalkan pesta itu atas sebab ancaman militan.
Mahathir berkata bukan menjadi masalah umat Islam sekiranya orang bukan Islam meminum arak selagi ia tidak memudaratkan keselamatan awam.
Menurutnya, masalah dadah di kalangan anak muda Islam ada kaitan dengan tragedi kebakaran di sebuah pusat tahfiz bulan lalu yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar.
Polis sebelum ini dilaporkan berkata 6 daripada 7 remaja yang didakwa memulakan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur disahkan positif ganja.
Mahathir berkata sebahagian daripada masalah dadah di kalangan anak muda Islam adalah kerana cara pembelajaran yang hanya menitik beratkan soal ibadah lebih daripada budi pekerti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment