Write For Us

'Pecat ketua bahagian Umno terlibat dadah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Gabungan akar umbi Umno menggesa parti itu memecat seorang ketua bahagiannya yang ditahan kerana terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah semalam.
Selain itu, gabungan itu berkata Umno juga perlu memecat sebarang jawatan yang disandang ketua bahagian terbabit dalam kerajaan atau mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Razali berkata demikian selepas menyerahkan memorandum di Bangunan Menara Dato’ Onn di PWTC bagi menggesa tindakan diambil terhadap ketua bahagian berkenaan.
Polis semalam mengesahkan seorang ketua bahagian Umno di Kuala Lumpur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di ibu negara.
Lelaki berkenaan ditahan kerana didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata, dalam serbuan itu, pemimpin itu bersama sekumpulan rakannya turut ditahan atas kesalahan yang sama.
Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua bahagian berkenaan sehingga mendapatkan ulasannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment