Write For Us

"Pecat Shabudin!" sorak peserta himpunan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Sekumpulan penyokong Pakatan Harapan berhimpun di kawasan Tasek Gelugor bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Parlimen Shabudin Yahaya berhubung isu perogol mengahwini mangsanya, di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata Shabudin wajar dipecat sekiranya tidak ada permohonan maaf ekoran kenyataannya yang menimbulkan salah faham di kalangan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu himpunan hari ini.
Kedengaran peserta-peserta bersorak 'Pecat Shabudin!'.
Semalam, Shabudin dalam satu temuramah berkata kenyataannya ketika beliau berucap di Parlimen telah disalah tafsir oleh media.
Berikut adalah pautan ucapan penuh Shabudin berhubung isu 'kahwin lepas rogol' -
Berikut pautan kenyataan penuh Shabudin yang mendakwa media massa menyalah tafsir ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat kelmarin. -
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment