Write For Us

Pegawai JPJ petah Mandarin bantu penuntut China

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Siapa sangka seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
Segalanya bermula apabila perbualan dan penerangan yang diberikan kepada dua penuntut China yang belajar di negara ini, dirakam oleh rakan sekerjanya sehingga tular di media sosial.
Rakaman video berdurasi satu minit 37 saat tular di WhatsApp dan Facebook dan jelas menunjukkan kepetahan gadis itu berbahasa Mandarin membantu dua pelajar terbabit.
Memetik Harian Metro, Nur Syafiqah Azaman, 23, berkata dua penuntut China itu datang ke JPJ kerana mahu membuat pertukaran nama hak milik kenderaan dan beliau membantu setelah melihat mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.
"Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin.
"Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas," katanya.
Gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina itu mahir berbahasa Mandarin apabila belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain ibunya yang berbangsa Tionghua turut mengajarnya di rumah sejak kecil.
Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan kelebihan kepada jabatan itu.
Beliau juga menggalakkan setiap kakitangan menguasai bahasa ketiga sedia ada dalam negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment