Write For Us

Pegawai kanan JPJ mengaku bersalah pandu di laluan kecemasan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob mengaku bersalah di mahkamah hari ini kerana memandu di laluan kecemasan.
Hakim Mahkamah Majistret Putrajaya, Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 terhadap Yusoff atau dipenjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Yusoff, 58, didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY69 pada 7 Oktober 2016 pada pukul 6.27 petang di Lingkaran Putrajaya.
Kesalahan itu melanggar Peraturan 53 (1) Peraturan Lalulintas 1959, dan oleh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 119(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Bagaimanapun, Yusoff tidak hadir di mahkamah hari ini sebaliknya diwakili oleh pegawai khasnya.
Lelaki itu bagaimanapun enggan menyatakan namanya kepada pihak media.
Pendakwa raya Mohd Hafizuddin dan Rahalim Mohamed enggan memberi keterangan lanjut berhubung kes itu, sebaliknya memberitahu wartawan agar menghubungi bahagian perhubungan awam jabatan itu.
Sementara itu dalam rayuannya, pegawai khas Yusoff mendakwa Yusoff keluar untuk memantau jabatannya ketika kesalahan itu dilakukan dan "teruja" apabila beliau melihat orang awam merakam gambarnya.
Ini mendorong soalan dari Isfahanie sama ada Yusoff mengaku bersalah atau tidak, yang mana pegawai khas itu mengakuinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment