Write For Us

Pegawai kanan polis ditahan 'skodeng' dalam tandas wanita

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
318 Views
Published
Seorang anggota polis berpangkat inspektor telah ditahan di sebuah tandas wanita di pusat membeli-belah dekat sini dengan hanya berseluar dalam, tulis mStar.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah pada Isnin.
Dalam kenyataan tersebut, polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam Isnin.
Sejurus tiba di pusat beli-belah itu, polis menahan lelaki tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat empat.
Hasil pemeriksaan lanjut terhadap beg milik lelaki itu, mendapati ia mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.
Menurut Asri, lelaki itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas ujian saringan air kencing telah dijalankan dan didapati positif 'methamphetamine'.
Sebuah video yang menjadi viral di Facebook pada Isnin, menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya.
Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang merakam aksinya di dalam tandas.
Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment