Write For Us

Peguam kecam siasatan terhadap mahasiswa, penganjur #TangkapMO1

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Peguambela mahasiswa dan penganjur perhimpunan #TangkapMO1, Melissa Sasidaran mengencam siasatan polis terhadap pihak-pihak berkenaan kerana menurutnya perhimpunan itu berlangsung dengan aman.
Melissa berkata, siasatan itu mungkin turut meliputi Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, bagaimanapun pihak polis akan memaklumkan kepadanya nanti.
“Sama ada mereka akan didakwa belum tahu, kita gembira kerjasama yang diberikan polis dan mereka tidak ditahan lokap dan direman. Tapi kita kecam mahasiswa-mahasiswa dan aktivis-aktivis ini dipanggil siasat kerana buat perhimpunan aman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur menemani kesemua mahasiswa yang dipanggil.
Enam mahasiswa yang dipanggil ialah Anis Syafiqah Md Yusof, Aqilah Zainuzi, Amir Abd Hadi, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim dan Suhail Wan Azahar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment