Write For Us

Peguam masih bebas selepas keterangan kes Kharuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Peguam Matthias Chang yang mewakili tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan masih bebas walaupun selepas disoal-siasat oleh polis hari ini.
Peguam yang dijangka ditangkap itu memberi keterangannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi sebagai seorang saksi dalam kes Khairuddin yang dituduh cuba mensabotaj dan menjejaskan negara.
Menurut peguam yang mewakili Chang, Ahmad Bazlan Che Kasim yang hadir semasa sesi soal siasat, satu lagi kenyataan anak guamnya akan dirakamkan pada Jumaat ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment