Polis tidak menerima sebarang permohonan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dokumen berkaitan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara daripada pihak peguam tertuduh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu harus dibuat secara rasmi menerusi mahkamah.
“Sekiranya ia telah dibuat seperti yang didakwa amat mustahil pihak polis tidak mengetahui mengenai permohonan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada wacana ancaman jenayah kewangan dan penggubahan wang haram anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.
Pihak peguambela dua warga asing yang dituduh membunuh Jong-nam semasa sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pendakwa raya yang masih enggan memenuhi permintaan mereka dalam mendapatkan rakaman CCTV dan dokumen berkaitan kes.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment