Write For Us

Pejabat MB Perak nafi mengusir secara paksa petani di Tambun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Pejabat Menteri Besar Perak hari ini menafikan dakwaan berlaku penganiayaan dan pengusiran secara paksa ke atas sekumpulan petani di Kanthan, Tambun.

Sebaliknya kata kenyataan yang dikeluarkan itu proses pengosongan tanah yang dilakukan adalah mengikut saluran undang-undang.

Menerusi kenyataannya, Pejabat MB memaklumkan bahawa bagi menyelesaikan isu yang berlarutan lebih 11 tahun itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menawarkan tapak alternatif di Changkat Kinding yang telah diwartakan sebagai zon pertanian dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment