Write For Us

Pekerja KTMB terlibat RNAA tidak akan hilang kerja - Aziz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Kementerian Pengangkutan hari ini memberi jaminan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal terlibat dengan Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) tidak akan kehilangan pekerjaan.
Timbalan menterinya Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata sebaliknya mereka akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.
"Saya jamin gaji, faedah, dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini tidak akan hilang mahupun berkurangan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini.
RNAA adalah satu perjanjian antara Perbadanan Aset Kereta Api (RAC), yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan, dengan KTMB.
Perjanjian RNAA adalah sejajar dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan KTMB, dan pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset kereta api bakal diuruskan RAC.
Ab Aziz turut menyangkal tuduhan bahawa harga tiket dan perkhidmatan KTMB akan meningkat kesan daripada RNAA.
"Tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme juga adalah tidak betul," katanya.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebelum ini meminta kerajaan mengkaji semula cadangan mewujudkan RNAA kerana dikhuatiri memberi impak besar kepada KTMB selain kepada pekerjanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment