Write For Us

Pekilang gesa k’jaan elak ubah dasar secara tiba-tiba

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
154 Views
Published
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan untuk mengelak daripada membuat perubahan dasar secara tiba-tiba yang boleh menjejaskan komuniti perniagaan.
Presiden FMM Lim Wee Chai berkata demikian ketika mengulas keputusan Bank Negara yang menukar dasar pertukaran asing sejak 5 Disember lalu.
"Dalam persekitaran perniagaan, kita perlukan kestabilan, khususnya bagi pelabur asing. Mereka perlu dasar pertukaran asing yang sangat jelas dan stabil supaya kedua-dua pelabur asing dan tempatan mempunyai keyakinan untuk melabur di negara ini.
"Perubahan (dasar) kerajaan mesti dengan perancangan yang betul Komuniti perniagaan tidak suka perubahan secara tiba-tiba, terutama perubahan semalaman -. Ini menganggu perancangan kami.
"Oleh itu, dasar mesti jelas dan stabil," katanya pada sidang akhbar hari ini, bersempena dengan laporan kajian Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan FMM bagi separuh kedua 2016.
Arahan Bank Negara, antara lain, hanya membenarkan pengeksport untuk menyimpan 25 peratus daripada hasil jualan dalam mata wang asing, manakala selebihnya mesti ditukar kepada ringgit.
Ini sebagai sebahagian daripada usaha bank pusat untuk membendung kejatuhan nilai mata wang negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment