Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang memberi jaminan bahawa pelaburan China dalam 1MDB tidak akan menjejaskan keselamatan negara Malaysia.
Sebaliknya, katanya, ia akan membantu Malaysia dalam menstabilkan trend turun naik kewangan negara dan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara.
Huang hadir pada majlis pemberian bantuan kewangan kepada pelajar UTAR di kampus universiti itu cawangan Sungai Long, Selangor.
"Sama ada pelaburan atau kerjasama, ia semua berdasarkan kepentingan bersama. Ia telus dan mengikut perundangan Malaysia. China tidak mengaut apa-apa untuk dibawa balik ke China.
"Sebaliknya, ia adalah mengenai membantu Malaysia menstabilkan kedudukan kewangan dan menyumbang kepada kejayaannya," jelasnya.
Ditanya sama ada pelaburan China dalam 1MDB sebagai pertukaran untuk Malaysia membisu mengenai isu-isu tertentu seperti pertikaian Laut China Selatan, Huang menyangkal soalan tersebut.
"Tidak, ia tiada kaitan dengan isu-isu lain. Ia hanya mengenai kerjasama ekonomi," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment