Write For Us

Pelajar dibuang sekolah berhak merayu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Pelajar yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin masih menpunyai peluang untuk kembali meneruskan persekolahan jika mereka mengemukakan rayuan kepada pihak sekolah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata terdapat kekeliruan orang ramai bahawa pelajar yang dibuang sekolah tidak akan diterima semula untuk meneruskan sesi persekolan dan diabaikan daripada sistem pendidikan.
Namun, katanya ia bukan keadaan yang sebenarnya.
"Ada inisiatif daripada guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pergi ke rumah pelajar yang dibuang sekolah untuk berbincang dan memujuk mereka agar kembali semula ke sekolah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) mengenai inisiatif kementerian bagi membantu pelajar-pelajar yang dibuang sekolah kerana masalah disiplin kembali ke sekolah.
Choong berkata pelajar tersebut boleh membuat rayuan kepada pihak sekolah asal ataupun sekolah baharu supaya diterima kembali ke alam persekolahan. - BERNAMA
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment