Write For Us

Pelajar IPT pulang ke Sabah perlu jalani 'swab test' Covid-19

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan dihantar pulang ke Sabah tidak perlu menjalani kuarantin wajib di negeri itu sebaliknya menjalani ujian calitan (swab test) bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini berikutan pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan Sabah tidak mempunyai pusat kuarantin yang mencukupi menyebabkan proses membawa pulang pelajar ke negeri itu tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hingga kini terdapat 7,384 pelajar Sabah yang masih belum dihantar pulang ke negeri itu dengan 574 baharu dihantar pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melalui dua penerbangan, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment