Write For Us

Pelajar OKU ditemui lemas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Remaja kurang upaya kategori pembelajaran ditemui lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai dekat sungai Seberang Paka, pada 20 Disember.
Mohd Danish Haikal Jamaluddin, 13, yang tinggal tidak jauh dari kawasan sungai itu ditemui lemas, kira-kira jam 8 malam.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan melihat dua rakannya berusia 10 dan 11 tahun mandi di sungai itu kira-kira jam 6.30 petang.
Mangsa yang seronok melihat dua rakannya dikatakan tiba-tiba terjun ke dalam sungai berkenaan sebelum terkapai-kapai lemas dan meminta tolong.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Rezuan Adnan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.04 malam sebelum enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment